I made this widget at MyFlashFetish.com.


Sunday, 8 May 2011

hikayat hari ibu

kisah seorang ibu
dulunya si ibu telah bertarung bermati-matian
demi menyelamatkan generasi kini
sanggup mengheret kesana-kesini demi masa depannya

kisah seorang ibu
masa berdikit-dikit memamah usianya
setelah setengah abad memelihara si cilik
kini si cilik telah berjaya berdiri di kaki sendiri

kisah seorang ibu
dulunya dianggap penyelamat nurani
penyembuh duka dan lara
tanpa mengira masa dan ketika

kisah seorang ibu
kini ibarat sisa tebu yang mula reput di gantangan
mengharap kembalinya cilik yang lurus
tapi tak mungkin kembali

kisah seorang ibu
berhati nurani kah si cilik itu
wajarkah si ibu terima bencana yang bukan miliknya
dimana harus si ibu pergi

kisah seorang ibu
janganlah dibuat menitis air matanya
merobek-robek jiwa pengharapanya
gendonglah mereka seperti mana mereka mengendong kamu
jadilah anak yang mengenang budi.

wahai anak-anak yang mempunyai ibu
jagalah mereka,sayangilah mereka
jangan dibiar bergelempangan sendirian
mereka ialah jalan membawa kamu semua ke dunia kebahagiaan
 nercaya kamu sentiasa dilimpahi tuah di sampingnya

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU-IBU DI LUAR SANA TERUTAMANYA IBUKU YANG TERCINTA PUAN ZUNAIDAH BINTI JAM JAM....

Anak mu di sini sentiasa mendoakan kebahagiaan mu selamanya,semoga hari ibu yang ke-18 tahun ini,dikau menjadi seorang ibu yang bahagia di samping anak-anak mu yang dikasihi....

No comments:

Post a Comment